Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Mangsa Penipuan Dalam Talian Meningkat

Published: 22 Nov 2021 2.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 22 November 2021 - Tahap kesedaran masyarakat berkaitan penipuan dalam talian dilihat perlu penambahbaikan susulan jumlah kes yang direkodkan semakin meningkat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-keratan-akhbar-pilihan-mangsa-penipuan-dalam-talian-meningkat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:35 MYT
Petaling Jaya, 22 November 2021 - Tahap kesedaran masyarakat berkaitan penipuan dalam talian dilihat perlu penambahbaikan susulan jumlah kes yang direkodkan semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, peningkatan itu dilihat menerusi jumlah kes yang direkodkan pada tahun ini berbanding beberapa tahun lalu.

"Sebanyak 17,537 kes berkaitan penipuan dalam talian membabitkan belian dalam talian, pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam, African Scam dan Business Email Conpromise direkodkan membabitkan RM449 juta dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

"Jumlah itu meningkat 428 kes berbanding 17,109 kes yang direkodkan bagi tempoh sepanjang tahun lalu dengan kerugian RM509 juta.

"Jumlah kes yang direkodkan pada tahun ini (sehingga Oktober lalu) dijangka meningkat jika tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat tidak ditingkatkan," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 22 Nov 2021 2.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM