Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Artikel Pilihan Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Penipuan Online Masih Rendah Kes Mendadak Setiap Tahun

Published: 20 Nov 2021 2.22 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, ini kerana kadar jenayah itu naik setiap tahun dan ia merupakan isyarat yang tidak baik.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-artikel-pilihan-tahap-kesedaran-masyarakat-terhadap-penipuan-online-masih-rendah-kes-mendadak-setiap-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:47 MYT
Besmartstayalert Artikel Pilihan Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Penipuan Online Masih Rendah Kes Mendadak Setiap Tahun
Home / Article / Besmartstayalert Artikel Pilihan Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Penipuan Online Masih Rendah Kes Mendadak Setiap Tahun
Back to Library
Article

Besmartstayalert Artikel Pilihan Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Penipuan Online Masih Rendah Kes Mendadak Setiap Tahun

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, ini kerana kadar jenayah itu naik setiap tahun dan ia merupakan isyarat yan...
Petaling Jaya, 20 November 2021 - Tahap kesedaran masyarakat mengenai jenayah sindiket penipuan dalam talian masih rendah dan memerlukan langkah penambahbaikan dengan segera.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, ini kerana kadar jenayah itu naik setiap tahun dan ia merupakan isyarat yang tidak baik.

“Jadi berdasarkan statistik yang ada pada kami, kita rasa perlu lagi penambahbaikan untuk membawa kesedaran mengenai bahaya jenayah penipuan dalam talian,” katanya ketika ditemui di pusat membeli belah, Sunway Pyramid, di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian pada majlis ‘High Profile Policing’ ketika ditemui di pusat membeli belah, Sunway Pyramid, di sini, hari ini.

Beliau menambah, kempen itu diadakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kaedah penipuan dalam talian yang digunakan sindiket untuk menjerat mangsa.

Menurut CP Dato' Mohd Kamarudin, kempen yang dianjurkan itu mendapat sambutan baik pengunjung pusat membeli belah.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:
Sumber: Malaysia Gazette
ArticlePublished 20 Nov 2021 2.22 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM