Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Berani Benar Teguh Integriti Timbalan Kpn Tekankan Nilai Integriti Dan Amanah Pegawai Awam

Diterbitkan: 17 Oct 2025 8.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 17 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menekankan kepentingan nilai integriti dan amanah yang merupakan asas utama dalam membentuk keperibadian pegawai awam yang berdisiplin serta berakhlak tinggi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berani-benar-teguh-integriti-timbalan-kpn-tekankan-nilai-integriti-dan-amanah-pegawai-awam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:54 MYT
Putrajaya, 17 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menekankan kepentingan nilai integriti dan amanah yang merupakan asas utama dalam membentuk keperibadian pegawai awam yang berdisiplin serta berakhlak tinggi.

Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau semasa menyampaikan syarahan bertemakan ‘Berani Benar, Teguh Integriti’ di hadapan lebih 300 orang warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, di sini, pagi tadi.

Tan Sri Ayob Khan turut mengingatkan bahawa kepercayaan rakyat kepada institusi pegawai awam merupakan tanggungjawab berat yang harus dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan rasa takut kepada Tuhan. Beliau menegaskan tidak akan pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar etika perkhidmatan khususnya melibatkan salah laku integriti terutama jenayah rasuah.

Kehadiran Tan Sri Ayob Khan ke majlis tersebut adalah bagi memenuhi jemputan sebagai ikon integriti penjawat awam yang mempunyai latar belakang ketegasan, keberanian dan keutuhan integriti bersempena Minggu Psikologi, Integriti, Sukan Dan Membaca Aktif 2025 (PRISMA) 2025 yang dianjurkan oleh Unit Integriti, JPM.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM, Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak, Ketua Unit Integriti JPM, Puan Fadzillah Shamsuddin dan Setiausaha Bahagian Perolehan JPM, Encik Ross Rafizal Rosli.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of dais and text that says 'BERANI BENAR, TEGUH INTEGRITI YDH DIG TAN SRI AX KHAN BIN MYDIN OLEH. TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA PITCHAY POLIS

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of text

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎BERSAMA YDH DIG TAN SRI AYOB HAM BIN MYDIN PITCMAY TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA 17 OKTOBER 2025 (JUMAAT

May be an image of one or more people and text that says 'lol 5'
ArtikelDiterbitkan 17 Oct 2025 8.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM