Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Berang Ditegur Hisap Dadah Penggal Kepala Bapa

Published: 09 Oct 2018 12.55 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ipoh, 9 Oktober 2018 – Seorang bapa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dipenggal kepalanya oleh anak lelakinya yang berang ditegur menghisap dadah di dalam rumah di Kampung Kanthan Baru di sini, menurut polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berang-ditegur-hisap-dadah-penggal-kepala-bapa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:16 MYT

Ipoh, 9 Oktober 2018 – Seorang bapa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dipenggal kepalanya oleh anak lelakinya yang berang ditegur menghisap dadah di dalam rumah di Kampung Kanthan Baru di sini, menurut polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abdul Rahman berkata dalam kejadian tengah malam tadi, suspek berusia 52 tahun itu telah membunuh bapanya yang berumur 74 tahun ketika dipercayai sedang khayal dadah jenis Syabu.

Menurut Yahya, pihaknya menerima laporan awam kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi sebelum sepasukan polis ke lokasi kejadian dan terserempak dengan suspek yang kemudiannya membawa polis ke rumahnya.

“Siasatan awal di rumah tersebut mendapati satu daripada lima bilik mempunyai kesan darah dan apabila disoal lanjut suspek menunjukkan kepala bapanya yang telah ditanam di laman belakang rumah mereka.

“Bila ditanya mengenai bahagian badan mangsa, suspek berkata badan yang telah dikerat enam bahagian itu dibuangnya di lubang pembetungan sedalam lima kaki. Bahagian badan itu dibuang kira-kira 12 meter dari kepala mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Yahya berkata hasil siasatan di tempat kejadian, polis turut menemukan sebilah parang sepanjang 0.6 meter di salah sebuah bilik yang dipercayai digunakan untuk mengerat badan mangsa.

Beliau berkata sebelum ini suspek bekerja sebagai kontraktor tetapi sudah tiga bulan tidak bekerja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 09 Oct 2018 12.55 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM