Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bapa Tiri Durjana Dicekup

Diterbitkan: 07 Nov 2018 3.01 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tukang masak lelaki yang dilaporkan merogol anak perempuan tirinya ditahan polis di kawasan Jalan Airport Kuching, Kuching, pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bapa-tiri-durjana-dicekup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:10 MYT

Tukang masak lelaki yang dilaporkan merogol anak perempuan tirinya ditahan polis di kawasan Jalan Airport Kuching, Kuching, pagi semalam.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan pada 8.55 pagi selepas mangsa berusia 10 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, suspek dari Kampung Tanjung Bako didakwa merogol mangsa pada 1 Oktober lalu.

Menurutnya, suspek bertindak melarikan diri dari kediamannya selepas menyedari perbuatan terkutuknya itu terbongkar.

"Bagaimanapun, suspek berjaya dikesan tidak lama kemudian,” katanya.

Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kuching untuk siasatan lanjut.

"Suspek sudah direman mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.

"Sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan sebatan," katanya.

Katanya, orang awam turut digesa membantu polis dengan menyalurkan maklumat bagi mengekang kegiatan jenayah terutama membabitkan kanak-kanak.

ArtikelDiterbitkan 07 Nov 2018 3.01 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM