Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bapa Saudara Kanak Kanak Mangsa Dera Turut Ditahan

Published: 06 Jul 2015 10.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Bharu, 6 Julai - Dua orang bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan yang dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang pada 24 Jun lalu turut ditahan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bapa-saudara-kanak-kanak-mangsa-dera-turut-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:08 MYT


Kota Bharu, 6 Julai - Dua orang bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan yang dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang pada 24 Jun lalu turut ditahan.

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Mazlan Lazim berkata kedua-duanya ditahan di sekitar sini beberapa hari lepas untuk membantu siasatan kes berkenaan.

"Setakat ini kita telah menahan empat orang iaitu dua orang bapa saudara, ibu tiri dan bapa kandung mangsa," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata 21 kenyataan turut diambil sementara kertas siasatan akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Kanak-kanak tersebut kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

- BERNAMA

ArticlePublished 06 Jul 2015 10.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM