Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bank Rakyat Tawar Kad Kredit I Edisi Khas Buat Warga Pdrm

Diterbitkan: 13 Mar 2024 12.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 13 Mac 2024 - Bank Rakyat buat julung kalinya menawarkan Kad Kredit-i Bank Rakyat edisi khas buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pelbagai faedah termasuk yuran tahunan dikecualikan dan 0 peratus pelan bayaran ansuran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bank-rakyat-tawar-kad-kredit-i-edisi-khas-buat-warga-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:30 MYT
Kuala Lumpur, 13 Mac 2024 - Bank Rakyat buat julung kalinya menawarkan Kad Kredit-i Bank Rakyat edisi khas buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pelbagai faedah termasuk yuran tahunan dikecualikan dan 0 peratus pelan bayaran ansuran.

Tawaran istimewa tersebut diumumkan dalam Majlis Pelancaran Kad Kredit-i Bank Rakyat Edisi Khas PDRM yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Ayob Khan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Bank Rakyat kerana berkerjasama merealisasikan pelancaran Kad Kredit-i patuh syariah khas buat warga PDRM.

“Besar harapan saya semoga inisiatif yang disediakan ini mampu memudahkan urusan kewangan yang dihadapi warga Pasukan serta memberi manfaat kepada mereka yang bakal memilikinya. Adalah diharapkan, inisiatif ini tidak terhenti di sini sahaja, bahkan terus diperkukuhkan di masa masa akan datang,” ujarnya lagi.

Seusai ucapan, Dato’ Sri Ayob Khan menyempurnakan majlis dan sesi penyerahan "mock card" oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman kepada Dato’ Sri Ayob Khan dengan diiringi Pengarah Pengurusan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim.

Turut hadir, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, para pegawai kanan PDRM serta delegasi Bank Rakyat.

Buat warga PDRM yang ingin dapatkan maklumat lanjut atau memohon Kad Kredit-i Bank Rakyat Edisi Khas PDRM tersebut, boleh terus layari:

https://brick.bankrakyat.com.my/CreditCard?productid=1036
Jurugambar: PDRM RMP TV

Mungkin imej 4 orang, dais dan teks

Mungkin imej 5 orang, dais dan teks

Mungkin imej 8 orang, dais dan teks

Mungkin imej 9 orang dan teks

Mungkin imej 5 orang dan teks

Mungkin imej 6 orang, dais dan teks

Mungkin imej 7 orang, dais, perkahwinan dan teks

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks
ArtikelDiterbitkan 13 Mar 2024 12.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM