Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Balai Polis Pulau Gaya Jamin Keselamatan Penduduk

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
'Meskipun di pulau ini indek jenayahnya tidak begitu ketara, tetapi adalah menjadi tugas pihak polis untuk menyampaikan dan memberi perkhidmatan kepada ahli masyarakat yang berada di sini,' katanya pa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/balai-polis-pulau-gaya-jamin-keselamatan-penduduk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:13 MYT

Kota Kinabalu, 15 Julai - Kewujudan Balai Polis Pulau Gaya yang kini menjadi realiti disamping memantapkan kawalan keselamatan di sepanjang perairan Sabah ekoran pencerobohan pengganas di Lahad Datu awal tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dengan adanya balai polis itu juga, penduduk Pulau Gaya tidak lagi perlu ke Balai Polis Daerah Kota Kinabalu sekiranya menghadapi masalah terutama berkaitan jenayah atau keselamatan.

"Balai polis ini bukan hanya untuk menjaga keamanan tetapi juga sebagai imej pelancongan di negeri ini memandangkan Pulau Gaya adalah salah satu pusat tumpuan pelancong.

"Meskipun di pulau ini indek jenayahnya tidak begitu ketara, tetapi adalah menjadi tugas pihak polis untuk menyampaikan dan memberi perkhidmatan kepada ahli masyarakat yang berada di sini," katanya pada sidang media sempena prapelancaran balai polis tersebut.

Pulau Gaya adalah pulau pertama yang dilakukan prapelancaran yang akan diikuti Pulau Bum-Bum, Pulau Mabul, Bangi dan Desa Kencana sementara balai polis di Karakit, Tambisan dan Cenderawasih akan dinaik taraf.

Hamza berkata terdapat 265 anggota polis di Pulau Gaya yang diketuai seorang Inspektor.

Sementara itu beliau menjelaskan terdapat beberapa kriteria dalam pemberian bantuan Tabung Amanah Warisan Polis yang berakhir 30 Jun lalu.

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM