Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bahana Maki Polis

Published: 17 Nov 2018 10.43 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Melaka, 17 November 2018 - Berang kenderaannya disaman, seorang lelaki memaki anggota polis yang bertugas menjaga lalu lintas dalam kejadian di hadapan bangunan Stadthuys, Jalan Laksamana, di sini, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bahana-maki-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:14 MYT

Melaka, 17 November 2018 - Berang kenderaannya disaman, seorang lelaki memaki anggota polis yang bertugas menjaga lalu lintas dalam kejadian di hadapan bangunan Stadthuys, Jalan Laksamana, di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 3 petang dikatakan berlaku apabila lelaki berusia 39 tahun itu tidak berpuas hati kerana disaman selepas didapati parkir kenderaan di tepi jalan yang menghalang lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, selepas mengeluarkan saman anggota trafik meneruskan tugasnya sebelum didatangi lelaki berkenaan.

“Lelaki itu kemudian menjerit kepada anggota polis terbabit di tengah jalan dengan menyebut ‘siallah kau’,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Afzanizar berkata, kejadian terbabit turut disaksikan dua lagi anggota lain serta pengguna jalan raya yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

“Susulan itu lelaki berkenaan kemudian ditahan kira-kira jam 1.45 pagi tadi oleh sepasukan polis di kediamannya di Pokok Mangga, di sini.

“Semakan dilakukan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. - BERITA HARIAN ONLINE

ArticlePublished 17 Nov 2018 10.43 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM