Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Awas Sindiket Penyeludupan Pati Anda Sedang Diperhati Posting Pilihan

Published: 17 Jun 2025 4.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.56 PM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan peningkatan aktiviti mempromosikan kegiatan membawa masuk dan keluar tenaga kerja Indonesia ke Malaysia melalui laluan laut yang tidak diwartakan atau tidak sah, yang lebih dikenali sebagai 'jalur belakang'. Aktiviti itu dikesan giat dipromosikan menerusi platform media sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/awas-sindiket-penyeludupan-pati-anda-sedang-diperhati-posting-pilihan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:56 MYT
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan peningkatan aktiviti mempromosikan kegiatan membawa masuk dan keluar tenaga kerja Indonesia ke Malaysia melalui laluan laut yang tidak diwartakan atau tidak sah, yang lebih dikenali sebagai 'jalur belakang'. Aktiviti itu dikesan giat dipromosikan menerusi platform media sosial.

Perbuatan mempromosikan kegiatan yang melanggar undang-undang adalah satu kesalahan serius.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) digesa membuat laporan kepada APMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Laporan boleh dibuat melalui portal rasmi aduan SKMM di aduan.mcmc.gov.my, bagi membolehkan kandungan tidak sah seumpama itu disekat atau dihapuskan daripada capaian pengguna media sosial di negara ini.

Individu yang didapati menjadi dalang atau terlibat dalam urusan penyeludupan PATI ke Malaysia boleh disiasat dan didakwa di bawah peruntukan Akta Imigresen 1959/63.
Awas! Anda diperhati. Tindakan undang-undang akan dikenakan.

ArticlePublished 17 Jun 2025 4.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.56 PM