Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Aseanapol Perluas E Ads 2 0 Ke Seluruh Negara Ahli

Diterbitkan: 19 Aug 2019 8.49 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 19 Ogos 2019 - Persidangan Gabungan Polis-polis Rantau Asia Tenggara (ASEANAPOL) akan memperluaskan penggunaan Sistem Electronic Asean National Police Database 2.0 (e-ADS 2.0) ke seluruh negara ahli sebagai usaha mengekang kegiatan jenayah di peringkat antarabangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aseanapol-perluas-e-ads-2-0-ke-seluruh-negara-ahli
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:35 MYT

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2019 - Persidangan Gabungan Polis-polis Rantau Asia Tenggara (ASEANAPOL) akan memperluaskan penggunaan Sistem Electronic Asean National Police Database 2.0 (e-ADS 2.0) ke seluruh negara ahli sebagai usaha mengekang kegiatan jenayah di peringkat antarabangsa.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor berkata, perluasan sistem berkenaan melibatkan 10 negara ahli  ASEANAPOL dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Kerjasama Strategik bagi rantau Asia Tenggara.

Menurutnya, sistem yang dilancarkan pada tahun 2016 berkenaan telah dinaiktaraf dari sudut keselamatan bagi membolehkan pangkalan data jenayah dikongsi di kalangan negara ahli dengan cepat dan mudah.

"Menerusi pembangunan sistem ini, saya yakin profesionalism Aseanapol dalam menangani sebarang ancaman jenayah di rantau ini dapat dicapai" ucap beliau dalam Majlis Pelancaran e-ADS Fasa II dekat Pejabat Sekretariat ASEANAPOL, pagi tadi.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei merangkap Pengerusi ASEANAPOL, DCP Dato’ Pahlawan Seri Haji Mohd Jefri Pengiran Haji Abdul Hamid, Director General of Police, Ministry of Public Security Socialist Republic of Vietnam merangkap Timbalan Pengerusi ASEANAPOL, Lieutenant General Tran Van Ve, Deputy Director Criminal Investigation Department Singapore Police Force, SAC Sekher Warrier, barisan Pengarah PDRM serta pegawai kanan polis dari rantau Asia Tenggara.

Aseanapol Perluas E Ads 2 0 Ke Seluruh Negara Ahli
Sekitar pelancaran e-ADS Fasa II yang disempurnakan oleh DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, DCP Dato’ Pahlawan Seri Haji Mohd Jefri Pengiran Haji Abdul Hamid, Lieutenant General Tran Van Ve dan SAC Sekher Warrier.

Image may contain: 7 people, people standing and indoor
Bergambar kenangan di Majlis Pelancaran e-ADS Fasa II.

Image may contain: 5 people
Sekitar Majlis Pelancaran e-ADS Fasa II.

Image may contain: 1 person, indoor
Sekitar Majlis Pelancaran e-ADS Fasa II.

Image may contain: 2 people
Sekitar lawatan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor ke Pejabat Sekretariat ASEANAPOL.

ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2019 8.49 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM