
Artikel
Artikel Pilihan Ysn Tubuh Unit Khas Baik Pulih Rumah Anggota Pesara Polis Mangsa Banjir
Penaung YSN, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, purata RM5,000 akan diberikan bagi membaik pulih kerosakan rumah seperti p...
Temerloh, 4 Februari 2022 - Yayasan Seri Negara (YSN) menubuhkan unit khas pemulihan rumah anggota dan bekas polis yang ditimpa musibah banjir pertengahan tahun lalu.
Penaung YSN, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, purata RM5,000 akan diberikan bagi membaik pulih kerosakan rumah seperti pendawaian semula elektrik.
“Penerima bantuan pemulihan rumah terpilih kepada yang layak sahaja di mana rumah mereka rosak teruk akibat banjir.
“Inisiatif murni ini kerjasama YSN bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat seperti Mycoklat, Segastia, Malek Streams Corporation, Restoran Ali Maju Sdn. Bhd.,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas program sumbangan amal peralatan elektrik dan wang tunai kepada 48 anggota dan pesara polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Tuan Mohd Azhar Mohd Yusoff dan Pengerusi Ahli Lembaga Amanah YSN, Abdul Aziz Ismail.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../ysn-tubuh-unit-baik-pulih.../