Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Video Tular Usahawan Ceramah Gelandangan Dikompaun

Diterbitkan: 28 Jul 2021 1.50 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Julai 2021 - Usahawan dikompaun RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berceramah kepada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-usahawan-ceramah-gelandangan-dikompaun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT

#PPN #COVID-19

Kuala Lumpur, 28 Julai 2021 - Usahawan dikompaun RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berceramah kepada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Tuan Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis mengesan video berdurasi 49 saat tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki tidak memakai pelitup muka.

"Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku 11.30 pagi semalam ketika individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'ubah hidup' kepada 20 gelandangan di pusat transit berkenaan.

"Polis kemudian memanggil lelaki berusia 34 tahun itu untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.20 petang tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada lelaki terbabit kerana melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Katanya, tindakan diambil mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kegagalan mematuhi SOP boleh dikenakan tindakan.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 2 people and people standing

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2021 1.50 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM