
Artikel
Artikel Pilihan Video Tular Polis Terima Laporan Video Prank Tarik Tudung Dua Wanita
Kuala Lumpur, 5 Julai 2022 - Polis telah menerima laporan berkaitan video "prank" tarik tudung dua wanita yang tular di media sosial.
Kuala Lumpur, 5 Julai 2022 - Polis telah menerima laporan berkaitan video "prank" tarik tudung dua wanita yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, seorang lelaki yang memuat naik video itu telah tampil membuat laporan polis pada Isnin.
"Berdasarkan maklumat yang diterima perbuatan tersebut dirancang untuk mendapatkan perhatian di media sosial," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Superintendan Ashari berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan daripada dua wanita berkenaan.
"Kita sedang mengesan dua wanita tersebut untuk dirakam keterangan berkaitan kejadian itu," katanya.