Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Video Tular Polis Tahan Dua Beradik Bergaduh Guna Parang

Diterbitkan: 27 Jul 2021 3.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sungai Petani, 27 Julai 2021 - Dua beradik ditahan polis selepas video pergaduhan mereka dengan memegang parang di sebuah kedai bunga di daerah ini tular di Facebook (FB).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-tahan-dua-beradik-bergaduh-guna-parang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:09 MYT
Sungai Petani, 27 Julai 2021 - Dua beradik ditahan polis selepas video pergaduhan mereka dengan memegang parang di sebuah kedai bunga di daerah ini tular di Facebook (FB).

Video berdurasi tiga minit itu dipercayai tular di laman sosial berkenaan, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Tuan Adzli Abu Shah berkata, berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki pada 1 tengah hari berkaitan pergaduhan itu pada hari kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, dua beradik lelaki 29 dan 36 tahun itu dipercayai bergaduh akibat hutang.

"Mereka sudah pun ditahan pada 10 malam hari kejadian untuk membantu siasatan.
"Hasil semakan mendapati, kedua-duanya tidak mempunyai rekod lampau jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapati mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tuan Adzli berkata, bagaimanapun dua beradik itu dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.

"Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik ke media sosial, namun sebaliknya tampil ke balai polis berhampiran untuk memberi maklumat.
Sumber: Harian Metro

May be an image of one or more people and text
 
 
ArtikelDiterbitkan 27 Jul 2021 3.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM