Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Video Tular Polis Sedang Kesan Kenderaan Lawan Arus Di Lebuhraya Mex

Diterbitkan: 04 Sep 2021 1.15 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kuala Lumpur, 3 September 2021 - Polis sedang mengesan kenderaan yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX yang berjaya dirakam kru Astro AWANI pada Sabtu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-sedang-kesan-kenderaan-lawan-arus-di-lebuhraya-mex
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:49 MYT
Kuala Lumpur, 3 September 2021 - Polis sedang mengesan kenderaan yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX yang berjaya dirakam kru Astro AWANI pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan A. A. Anbalagan, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan terbabit telah melawan arus bermula dari kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan.

"Hasil semakan CCTV di Plaza Tol Mex Seri Kembangan mendapati suspek telah memandu berlawanan arus bermula dari kawasan R&R Seri Kembangan di mana suspek didapati keluar dari R&R tersebut.

Ujarnya, satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu selepas rakaman video kenderaan terbabit tular di laman media sosial.

Kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.astroawani.com/.../polis-sedang-kesan...

Sumber: Astro AWANI
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2021 1.15 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.23 AM