Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Video Tular Polis Sangkal Dakwaan Pemandu Myvi Elak Kenderaan Berhenti

Diterbitkan: 11 Oct 2020 9.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Johor Bahru, 11 Oktober 2020 - Polis menyangkal dakwaan pemandu kereta Perodua Myvi mengelak kenderaan berhenti di depannya hingga terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi dekat sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-sangkal-dakwaan-pemandu-myvi-elak-kenderaan-berhenti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:36 MYT
Johor Bahru, 11 Oktober 2020 - Polis menyangkal dakwaan pemandu kereta Perodua Myvi mengelak kenderaan berhenti di depannya hingga terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi dekat sini, semalam.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rakaman video yang tular di media sosial jelas menunjukkan kereta dipandu wanita berusia 23 tahun itu merempuh kereta Honda Accord dinaiki mangsa hingga kedua-dua kereta terbalik.

Katanya, video tersebut turut membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar sama sekali terdapat kereta lain di hadapan keretanya melainkan tindakannya memecut laju ketika sampai di lokasi kejadian.

“Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju.

“Ada banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh, positif Methamphetamine lagi,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.kosmo.com.my/.../polis-sangkal-dakwaan.../

Sumber:
ArtikelDiterbitkan 11 Oct 2020 9.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM