Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Video Tular Enam Pelajar Perempuan Terlibat Kes Buli Ditahan

Published: 09 Jul 2022 6.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian membabitkan seorang mangsa buli yang juga pelajar perempuan di sekolah sama itu juga tular di media sosial sejak kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-enam-pelajar-perempuan-terlibat-kes-buli-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT
Kota Kinabalu, 9 Julai 2022 - Polis menahan enam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Inanam selepas dipercayai terlibat dalam kes buli.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian membabitkan seorang mangsa buli yang juga pelajar perempuan di sekolah sama itu juga tular di media sosial sejak kelmarin.

“Polis Daerah Kota Kinabalu (Page) menerima maklumat berkenaan video tular yang menunjukkan mangsa dibuli beberapa pelajar lain pada 7 Julai lalu.

“Pada masa sama polis turut menerima laporan daripada bapa mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

ACP Mohd Zaidi berkata, bertindak atas maklumat kejadian, pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini polis sudah menahan enam pelajar perempuan dari sekolah sama berumur dalam lingkungan 13 hingga 16 tahun.

“Polis turut menahan seorang lagi perempuan berumur 17 tahun yang juga bekas pelajar sekolah tersebut bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusanborneo.com.my/.../enam-pelajar...

Sumber: Utusan Borneo

May be an image of one or more people and outdoors
ArticlePublished 09 Jul 2022 6.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM