Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Video Tular Enam Pelajar Perempuan Terlibat Kes Buli Ditahan

Diterbitkan: 09 Jul 2022 6.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian membabitkan seorang mangsa buli yang juga pelajar perempuan di sekolah sama itu juga tular di media sosial sejak kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-enam-pelajar-perempuan-terlibat-kes-buli-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:57 MYT
Kota Kinabalu, 9 Julai 2022 - Polis menahan enam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Inanam selepas dipercayai terlibat dalam kes buli.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian membabitkan seorang mangsa buli yang juga pelajar perempuan di sekolah sama itu juga tular di media sosial sejak kelmarin.

Polis Daerah Kota Kinabalu (Page) menerima maklumat berkenaan video tular yang menunjukkan mangsa dibuli beberapa pelajar lain pada 7 Julai lalu.

“Pada masa sama polis turut menerima laporan daripada bapa mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

ACP Mohd Zaidi berkata, bertindak atas maklumat kejadian, pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini polis sudah menahan enam pelajar perempuan dari sekolah sama berumur dalam lingkungan 13 hingga 16 tahun.

“Polis turut menahan seorang lagi perempuan berumur 17 tahun yang juga bekas pelajar sekolah tersebut bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusanborneo.com.my/.../enam-pelajar...

Sumber: Utusan Borneo

May be an image of one or more people and outdoors
ArtikelDiterbitkan 09 Jul 2022 6.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM