Article
Artikel Pilihan Utk Jadi Pasukan Respons Pertama Di Pantai Timur Sabah Timbalan Kpn
Kuala Lumpur, 3 Februari 2022 - Pasukan Unit Tindakhas (UTK) yang akan ditempatkan di pantai timur Sabah akan menjadi pasukan respons pertama untuk bertindak b...
Kuala Lumpur, 3 Februari 2022 - Pasukan Unit Tindakhas (UTK) yang akan ditempatkan di pantai timur Sabah akan menjadi pasukan respons pertama untuk bertindak balas sekiranya terdapat ancaman besar, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata Pasukan itu akan menentukan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di pantai timur negeri berkenaan.
“Kami hanya menambah bilangan keanggotaan di pantai timur Sabah dan peranan UTK berbeza dengan PGA (Pasukan Gerakan Am) yang menjaga sempadan.
“Ia antaranya untuk memastikan tiada kes penculikan berlaku dan mempertingkatkan kawalan keselamatan,” katanya pada majlis Pride of Workmanship Award, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai penempatan pasukan UTK bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Sumber: BERNAMA