Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Update Lebih 20 Kertas Siasatan Dibuka Berkaitan Penipuan Syarikat Pengendali Umrah

Diterbitkan: 27 Dec 2023 12.58 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 27 Disember 2023 - Sebanyak 25 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes penipuan membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah, kata Timbalan Pengarah (Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato' Rohaimi Md Isa. Beliau berkata kertas siasatan berkenaan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-update-lebih-20-kertas-siasatan-dibuka-berkaitan-penipuan-syarikat-pengendali-umrah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:45 MYT
Kuala Lumpur, 27 Disember 2023 - Sebanyak 25 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes penipuan membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah, kata Timbalan Pengarah (Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato' Rohaimi Md Isa.
Beliau berkata kertas siasatan berkenaan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Dato' Rohaimi berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga telah menggantung lesen syarikat terbabit.
“Sejak penggantungan lesen oleh MOTAC pada 10 Julai lepas, tiada pakej umrah baharu ditawarkan syarikat itu kepada orang awam dan tiada kes baharu dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

“Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia juga telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap 177 aduan melibatkan tuntutan sebanyak RM4,335,073.07. Selain itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga telah mengambil tindakan menyenaraihitamkan (sekatan pentadbiran) syarikat dan kedua-dua pengarahnya di bawah Akta 614,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Update Lebih 20 Kertas Siasatan Dibuka Berkaitan Penipuan Syarikat Pengendali Umrah
ArtikelDiterbitkan 27 Dec 2023 12.58 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM