Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Unit Berkuda Psp Ditempatkan Di Sempadan Kelantan Thailand Pada Mac Nanti

Diterbitkan: 02 Feb 2022 10.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali berkata, tinjauan dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti bentuk muka bumi, pangkalan haram serta kawasan tumpuan penyeludup selain memastikan lokasi sesuai untuk menempatkan kesemua kuda yang bakal ditugaskan nanti.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-unit-berkuda-psp-ditempatkan-di-sempadan-kelantan-thailand-pada-mac-nanti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:28 MYT
Pasir Mas, 2 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan tinjauan lokasi di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand sebagai persiapan untuk menempatkan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang dijangka bermula pada Mac nanti.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali berkata, tinjauan dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti bentuk muka bumi, pangkalan haram serta kawasan tumpuan penyeludup selain memastikan lokasi sesuai untuk menempatkan kesemua kuda yang bakal ditugaskan nanti.

"Kita yakin dengan adanya bantuan daripada Unit Berkuda PSP ini mampu meningkatkan lagi kawalan di sepanjang Sungai Golok serta keberkesanan dalam menangani kes penyeludupan yang sering berlaku.

"Bilangan kuda serta anggota yang terbabit dalam unit itu akan diputuskan sebaik tinjauan selesai dijalankan.

"Kita menempatkan sembilan ekor kuda di Kedah dan Perlis sebelum ini, jadi di Kelantan bergantung kepada luas kawasan yang terbabit.

"Daripada tenaga anggota dan kemahiran sudah sedia ada, yang mana mereka bersiap siaga untuk turun padang membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) serta agensi keselamatan lain dalam menjaga sempadan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Program Tangan Bersalaman di Dewan Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../unit-berkuda-fru...
Sumber: Harian Metro

Unit Berkuda FRU ditempatkan di sempadan Kelantan-Thailand pada Mac nanti | Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2022 10.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM