Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tuntutan Palsu C4i Pdrm Beri Kerjasama Penuh Kepada Sprm Kpn

Published: 25 Apr 2025 1.52 AM Updated: 15 Aug 2026 6.32 PM
Kuala Lumpur, 24 April 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu Perolehan Kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Command & Control, Communication & Computer Integration (C4i) yang turut melibatkan dua pegawai polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tuntutan-palsu-c4i-pdrm-beri-kerjasama-penuh-kepada-sprm-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:25 MYT
Kuala Lumpur, 24 April 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu Perolehan Kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Command & Control, Communication & Computer Integration (C4i) yang turut melibatkan dua pegawai polis.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata dua pegawai berkenaan yang berpangkat Superintendan dan Inspektor kini ditahan reman selama tujuh hari bermula pada hari ini.

Tan Sri Razarudin berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman juga telah menjalankan audit kewangan terhadap kontrak C4i pada tahun lepas dan mendapati terdapat pembayaran yang tidak sepatutnya kepada sebuah syarikat sebelum melaporkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

"Apa-apa kesalahan membabitkan rasuah yang kita (PDRM) temukan dalam siasatan, kita akan bekerjasama dengan SPRM termasuk dalam kes ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,  https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Tuntutan Palsu C4i Pdrm Beri Kerjasama Penuh Kepada Sprm Kpn
ArticlePublished 25 Apr 2025 1.52 AMUpdated 15 Aug 2026 6.32 PM