Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Tular Foto Dan Video Mangsa Nahas Elmina Boleh Dikenakan Tindakan Timbalan Kpn

Diterbitkan: 20 Aug 2023 12.19 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../tular-foto-video-mangsa...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tular-foto-dan-video-mangsa-nahas-elmina-boleh-dikenakan-tindakan-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:30 MYT
Gombak, 20 Ogos 2023 - Individu yang menyebarkan video mengenai mangsa nahas pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina di Shah Alam pada Khamis lalu, sehingga tular boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan ke atas pihak terbabit boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Saya menyeru kepada semua masyarakat jangan tularkan video ini, hormatilah keluarga mangsa.

"Kalau ada lagi tularkan kita akan ambil tindakan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, keluarga seorang mangsa nahas pesawat terbabit, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, memohon rakyat Malaysia berhenti menyebarkan foto dan video kejadian itu di media sosial.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../tular-foto-video-mangsa...

 
ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2023 12.19 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM