Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Tugas Lindungi Keselamatan Awam Tanggungjawab Bersama Pengarah Jabatan Kdnka

Diterbitkan: 23 Oct 2023 12.54 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: BERNAMA
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tugas-lindungi-keselamatan-awam-tanggungjawab-bersama-pengarah-jabatan-kdnka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:22 MYT
Artikel Pilihan Tugas Lindungi Keselamatan Awam Tanggungjawab Bersama Pengarah Jabatan Kdnka
Laman Utama / Artikel / Artikel Pilihan Tugas Lindungi Keselamatan Awam Tanggungjawab Bersama Pengarah Jabatan Kdnka
Kembali ke Pustaka
Artikel

Artikel Pilihan Tugas Lindungi Keselamatan Awam Tanggungjawab Bersama Pengarah Jabatan Kdnka

Sumber: BERNAMA
Sik, 23 Oktober 2023 - Tugas melindungi dan menjaga keselamatan awam bukan hanya tanggungjawab pihak polis tetapi juga perlu dipikul seluruh masyarakat.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, orang ramai perlu mempunyai sikap 'jaga tepi kain orang’ dan cakna terhadap keadaan sekeliling dalam hal berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Tengok keluarga kita, tengok jiran-jiran kita… buka mata dan telinga, maklumkan kepada pihak keselamatan jika didapati ada tindakan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan program Community Policing dan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Dato' Sri Hazani berkata, program community policing merupakan antara inisiatif bagi mendekatkan polis dengan masyarakat setempat.

"Ini merupakan satu pendekatan kita bersama masyarakat agar masyarakat berani ke depan menyalurkan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang kepada polis.
“Kita nak persepsi diubah supaya polis sentiasa ‘dirindui’ oleh masyarakat," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Tugas Lindungi Keselamatan Awam Tanggungjawab Bersama Pengarah Jabatan Kdnka
ArtikelDiterbitkan 23 Oct 2023 12.54 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM