Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Toyota Corolla Altis Mpv Baharu Pdrm

Published: 20 Feb 2020 11.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 20 Februari 2020 - Go Auto Sales Sdn. Bhd. mempamerkan unit prototaip Toyota Corolla Altis yang bakal menjadi kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) baharu bagi menggantikan model Proton Wira dan Waja.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-toyota-corolla-altis-mpv-baharu-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:24 MYT

Kuala Lumpur, 20 Februari 2020 - Go Auto Sales Sdn. Bhd. mempamerkan unit prototaip Toyota Corolla Altis yang bakal menjadi kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) baharu bagi menggantikan model Proton Wira dan Waja.

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin berkata, syarikat menjangkakan 100 unit pertama akan dihantar kepada PDRM bagi kegunaan APEC 2020 sebagaimana yang dipertontonkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam.

“Kami sedang menunggu keputusan terakhir Kementerian Kewangan bagi pembekalan kenderaan itu dan tujuan pameran ini adalah sebagai langkah awal untuk mendapat kelulusan segera bagi kesemua 425 unit MPV itu.

“Ini juga adalah tender kedua diperoleh Go Auto yang mana sebelum ini kami sudah berjaya menghantar 200 unit trak pikap Toyota Hilux untuk PDRM lebih awal daripada yang dijadualkan pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Setiap unit MPV didatangkan dengan servis percuma selama lima tahun dan dilengkapkan dengan aksesori tambahan khas seperti Sistem Bunyi Lampu Bersepadu (Intergrated Light Sound System) dan Sistem Pengurusan Flit (Fleet Management System), termasuk dilengkapi alat komunikasi radio berfrekuensi tinggi.

Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Toyota Corolla Altis Mpv Baharu Pdrm

ArticlePublished 20 Feb 2020 11.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM