Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tindakan Tegas Terhadap Netizen Keluarkan Spekulasi Komen Melampau Sehingga Cetus Buli Siber Kpn

Published: 20 Jul 2024 7.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, mana-mana individu yang didapati membuat hantaran serta membuat spekulasi tidak benar berkaitan sesuatu isu sehingga berlakunya fitnah, ugutan atau buli siber adalah satu kesalahan jenayah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tindakan-tegas-terhadap-netizen-keluarkan-spekulasi-komen-melampau-sehingga-cetus-buli-siber-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:29 MYT
Kuala Lumpur, 20 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna media sosial yang didapati mengeluarkan sebarang spekulasi atau komen secara melampau hingga menyebabkan buli siber.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, mana-mana individu yang didapati membuat hantaran serta membuat spekulasi tidak benar berkaitan sesuatu isu sehingga berlakunya fitnah, ugutan atau buli siber adalah satu kesalahan jenayah.

Menurut beliau, individu terbabit boleh diambil tindakan, antaranya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan, Seksyen 500 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

"Mengambil contoh kes pembunuhan Nur Farah Kartini apabila banyak spekulasi yang timbul di media sosial.

"Ini secara tidak langsung boleh mengganggu emosi dan memberi tekanan kepada keluarga pihak yang terbabit.

"Saya memberi amaran kepada masyarakat terutama pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan komen tidak benar dan membuat sebarang spekulasi," katanya kepada Harian Metro di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../tindakan-tegas-terhadap...

Sumber: Harian Metro


ArticlePublished 20 Jul 2024 7.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM