
Artikel
Artikel Pilihan Tindakan Tegas Terhadap Netizen Keluarkan Spekulasi Komen Melampau Sehingga Cetus Buli Siber Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, mana-mana individu yang didapati membuat hantaran serta membuat spekulasi tidak benar berkaitan...
Kuala Lumpur, 20 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna media sosial yang didapati mengeluarkan sebarang spekulasi atau komen secara melampau hingga menyebabkan buli siber.
Menurut beliau, individu terbabit boleh diambil tindakan, antaranya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan, Seksyen 500 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.
"Mengambil contoh kes pembunuhan Nur Farah Kartini apabila banyak spekulasi yang timbul di media sosial.
"Ini secara tidak langsung boleh mengganggu emosi dan memberi tekanan kepada keluarga pihak yang terbabit.
"Saya memberi amaran kepada masyarakat terutama pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan komen tidak benar dan membuat sebarang spekulasi," katanya kepada Harian Metro di sini, hari ini.