Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tiada Maklumat Warga Malaysia Jadi Dalang Raja Dadah India Ditahan Sabtu Lalu Kpn

Published: 12 Mar 2024 12.48 PM Updated: 17 Jul 2026 2.25 AM
Kuala Lumpur, 12 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini tidak menerima sebarang maklumat berhubung dakwaan seorang warga Malaysia dikatakan menjadi dalang sebenar di belakang 'raja dadah India' yang ditahan pada Sabtu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tiada-maklumat-warga-malaysia-jadi-dalang-raja-dadah-india-ditahan-sabtu-lalu-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:29 MYT
Kuala Lumpur, 12 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini tidak menerima sebarang maklumat berhubung dakwaan seorang warga Malaysia dikatakan menjadi dalang sebenar di belakang 'raja dadah India' yang ditahan pada Sabtu lalu.

Dakwaan itu dibuat seorang wartawan yang juga pemilik sebuah agensi media di India menerusi satu wawancara di "YouTube" seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil semakan data mendapati individu digelar 'raja dadah India' yang ditahan Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India itu tiada dalam mana-mana maklumat pengedaran dadah dalam negara ini.

"Hasil semakan pangkalan data Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mendapati sehingga kini penama ini tidak timbul dalam mana-mana maklumat pengedaran dadah dalam negara kita.

"Bagaimanapun, JSJN sedang mendapatkan maklumat daripada pihak pegawai keselamatan India berkait pembabitan penama ini di Malaysia seperti didakwa dalam portal berita dalam talian itu," katanya hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../tiada-maklumat-warga...
Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 12 Mar 2024 12.48 PMUpdated 17 Jul 2026 2.25 AM