
Artikel
Artikel Pilihan Terima Kasih Encik Nick Fadzrieq Mohammad Abdullah Diatas Keprihatinan Anda
Itu reaksi Nick Fadzrieq, 27, ketika ditanya mengenai tindakannya turun dari kereta dan menyeberangi jalan semata-mata untuk memberikan sebungkus air sirap kep...
Langkawi, 10 Februari 2022 - Sudah biasa nampak anggota polis trafik bertugas di kawasan itu, jadi saya dan rakan ingin belanja air kepadanya yang kelihatan penat menjalankan tugas, apatah lagi cuaca panas terik ketika itu," kata juruteknik, Nick Fadzrieq Mohammad Abdullah.
Itu reaksi Nick Fadzrieq, 27, ketika ditanya mengenai tindakannya turun dari kereta dan menyeberangi jalan semata-mata untuk memberikan sebungkus air sirap kepada anggota polis trafik yang sedang bertugas, walaupun tidak mengenalinya.
Kisah dimuat naiknya di aplikasi TikTok itu mendapat perhatian warganet dan meraih lebih satu juta tontonan setakat ini.
Nick Fadzrieq berkata, tindakan dan pemberiannya itu tidaklah seberapa dibandingkan tugas perlu dipikul anggota polis trafik berkenaan.
Katanya, dia bangga dan tabik hormat dengan penjawat awam berkenaan yang menjalankan tugas tanpa mengira cuaca panas mahupun hujan demi memastikan kelancaran pengguna jalan raya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../hormat-dan-tolong-menolong...
Sumber: Harian Metro