Article
Artikel Pilihan Tembok Keselamatan Sempadan Malaysia Thailand Bantu Pga Kekang Jenayah Kpn 151124
Kota Bharu, 15 November 2024 - Pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir di sepanjang kawasan sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang akan membantu Pasukan...
Kota Bharu, 15 November 2024 - Pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir di sepanjang kawasan sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang akan membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam mengekang pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan yang memudaratkan negara.
"Saya tidak menafikan isu seperti penyeludupan dadah, senjata api, minyak dan bahan mentah dapat dikurangkan jika tembok keselamatan itu dibina dan membantu penugasan PGA dengan lebih mudah.
"Seperti sekarang PGA ada banyak pos yang mengawal sempadan Malaysia-Thailand daripada jenayah rentas sempadan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Tan Sri Razarudin berkata, pembinaan tembok keselamatan di kawasan sempadan itu memerlukan peruntukan yang besar, selain perlu menyelesaikan isu pemilikan tanah persendirian di situ terlebih dahulu sebelum tembok keselamatan boleh dibina.
"Isu peruntukan juga perlu difikirkan kerana ia memerlukan kos yang besar dan kebanyakan tanah di sana (Rantau Panjang) berhampiran Sungai Golok tidak mempunyai "buffer zone" (zon penampang) dan perkara itu menyukarkan pelaksanaannya,” katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
