Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tanah Jerlus Tiada Keperluan Isytihar Kawasan Masjid India Sebagai Zon Tidak Selamat Bencana Kpn

Published: 29 Aug 2024 7.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 29 Ogos 2024 - Tiada keperluan untuk mengisytiharkan kawasan Masjid India yang terlibat dengan tanah jerlus sebagai zon tidak selamat dan bencana, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tanah-jerlus-tiada-keperluan-isytihar-kawasan-masjid-india-sebagai-zon-tidak-selamat-bencana-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:20 MYT
[ARTIKEL PILIHAN] TANAH JERLUS: TIADA KEPERLUAN ISYTIHAR KAWASAN MASJID INDIA SEBAGAI ZON TIDAK SELAMAT, BENCANA - KPN

Kota Bharu, 29 Ogos 2024 - Tiada keperluan untuk mengisytiharkan kawasan Masjid India yang terlibat dengan tanah jerlus sebagai zon tidak selamat dan bencana, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan itu selamat atau tidak, polis perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Majlis Keselamatan Negara.
“Setakat ini, tiada keperluan untuk mengazetkan kawasan Masjid India sebagai zon tidak selamat kerana apa yang terjadi di kawasan itu (Masjid India) tidak dikategori sebagai bencana.

“Walaupun bukan bencana tetapi tindakan Polis, Jabatan Bomba, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh seolah-olah seperti bencana kerana adanya pusat kawalan operasi,” katanya dalam sidang media pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Tanah Jerlus Tiada Keperluan Isytihar Kawasan Masjid India Sebagai Zon Tidak Selamat Bencana Kpn
ArticlePublished 29 Aug 2024 7.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM