Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Syabas Peninju Muay Thai Pdrm Gegar Stadium Titiwangsa

Published: 26 Feb 2022 4.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 26 Februari 2022 - Kejohanan Kuda Merah, Muay Thai Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2022 yang membuka tirainya pada Jumaat berlangsung meriah dengan enam perlawanan diadakan pada hari pertama melibatkan dua regu super 4 edisi 54 kilogram (kg) dan empat regu super fight.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-syabas-peninju-muay-thai-pdrm-gegar-stadium-titiwangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:24 MYT
Kuala Lumpur, 26 Februari 2022 - Kejohanan Kuda Merah, Muay Thai Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2022 yang membuka tirainya pada Jumaat berlangsung meriah dengan enam perlawanan diadakan pada hari pertama melibatkan dua regu super 4 edisi 54 kilogram (kg) dan empat regu super fight.

Bagi aksi Super 4 kategori 54kg, wakil Kelab Gorilla Muaythai, Ikhwan Hakim Mohd Rizal mara ke perlawanan akhir selepas menang dengan pukulan siku yang menyebabkan lawannya cedera koyak di dahi, sekali gus memaksa pengadil memberhentikan perlawanan dan memberikan kemenangan kepadanya.

Menanti Ikhwan Hakim di final Super 4 kategori 54kg petinju ialah petinju kelab Piranha Muay Thai Pahang, Faisal Mat Deris yang berjaya menang dengan kiraan mata mengatasi lawannya Sharil Aiman dari Kelab Muaythai Ampang.

Pada malam tersebut, Kelab Muaythai Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) beraksi cemerlang apabila memenangi satu piala dan dua tali pinggang menerusi petinju Koperal Mohd Shalihem Mohamad, Lans Koperal Mohd Fahmi Badrulzaman dan Konstabel Mohd Fazli Zakaria

Konstabel Mohd Fazli dinobatkan sebagai Juara Piala Majlis Sukan Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas menumbangkan cabaran Awangku Abd Rahman dari Glorius MMA Club.

Koperal Mohd Shalihem pula berjaya memenangi tali pinggang tajaan Felix dan RTM menerusi pukulan KO ke atas lawannya Fu Chen Yi dari Max Muaythai Club.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Aksi-tangkas-peninju...

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 26 Feb 2022 4.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM