Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Suspek Simbah Anggota Polis Dengan Asid Berjaya Ditahan

Published: 27 Feb 2020 2.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuantan, 26 Februari 2020 - Polis menahan dua lelaki malam tadi, berhubung kes seorang anggota polis melecur selepas disimbah asid di depan rumahnya di Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota, di sini, Isnin lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-suspek-simbah-anggota-polis-dengan-asid-berjaya-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:53 MYT

Kuantan, 26 Februari 2020 - Polis menahan dua lelaki malam tadi, berhubung kes seorang anggota polis melecur selepas disimbah asid di depan rumahnya di Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata suspek pertama berumur 41 tahun ditahan di hadapan sebuah restoran di Chukai, Kemaman, Terengganu pada jam 8.15 malam.

Beliau berkata suspek yang berasal dari Kemaman itu dipercayai berdendam dengan anggota polis berkenaan yang didakwa membocorkan rahsia mengenai statusnya yang sudah berkeluarga kepada keluarga teman wanita suspek.

Katanya polis turut menahan seorang lelaki berusia 40 tahun di sebuah rumah di Kampung Bahagia di sini, beberapa jam selepas tangkapan pertama yang dipercayai pemilik motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Berikutan itu, sebuah motosikal dan beberapa barang yang mempunyai kaitan kes terbabit dirampas untuk membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Sumber: Berita Harian Online

Artikel Pilihan Suspek Simbah Anggota Polis Dengan Asid Berjaya Ditahan
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/02/659651/suspek-simbah-polis-dengan-asid-ditahan?fbclid=IwAR12ZRiJ4atkd3DupfGeatu6K23RqxoXdxFs8M4yW0uYUmSKH8TbyvcR_z8
ArticlePublished 27 Feb 2020 2.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM