Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Suri Rumah Menangis Didenda Rm9 000 Kerana Hina Agong

Diterbitkan: 03 Aug 2021 1.47 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Ogos 2021 - Seorang suri rumah yang didenda RM9,000 kerana membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong melalui laman sosial Facebook miliknya, menangis di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sambil mengakui perbuatannya itu adalah bodoh.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-suri-rumah-menangis-didenda-rm9-000-kerana-hina-agong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:03 MYT
Kuala Lumpur, 3 Ogos 2021 - Seorang suri rumah yang didenda RM9,000 kerana membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong melalui laman sosial Facebook miliknya, menangis di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sambil mengakui perbuatannya itu adalah bodoh.

Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhi hukuman itu ke atas Rosmawati Mohd Zain, 46, selepas dia mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menganiayai orang lain, melalui Facebook menggunakan nama profil ‘Rosmawati Mohd Zain’ pada 7.06 malam, 25 Mei lepas.

Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 1.06 tengah hari, 1 Jun lepas.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmawati dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda berkenaan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Suri rumah menangis didenda RM9,000 kerana hina Agong
ArtikelDiterbitkan 03 Aug 2021 1.47 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM