Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Sukan Bina Badan Selari Gaya Hidup Dan Disiplin Pdrm Kpn

Diterbitkan: 30 Jun 2024 10.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuantan, 30 Jun 2024 - Penganjuran acara sukan bina badan dilihat selari dengan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa ini yang mengutamakan disiplin dan gaya hidup sihat, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-sukan-bina-badan-selari-gaya-hidup-dan-disiplin-pdrm-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:24 MYT
 
Kuantan, 30 Jun 2024 - Penganjuran acara sukan bina badan dilihat selari dengan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa ini yang mengutamakan disiplin dan gaya hidup sihat, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata ia berikutan penggiat acara berkenaan terikat dengan amalan disiplin ketat meliputi seluruh aspek kehidupan khususnya pemakanan, latihan dan mental yang kental sekali gus bertepatan dengan imej PDRM yang berkarisma.

"Keterampilan yang kemas juga mampu membina keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti warga PDRM untuk memberikan perkhidmatan berkesan dalam mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Mr Police & Mr Pahang 2024 di sini, semalam. Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.

Kejohanan berkenaan dianjur dan dikelolakan Majlis Sukan PDRM serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/radio/news.php?id=2312676

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Sukan Bina Badan Selari Gaya Hidup Dan Disiplin Pdrm Kpn
ArtikelDiterbitkan 30 Jun 2024 10.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM