Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Sosma Perlu Meluas Bagi Lumpuhkan Sindiket Jenayah Timbalan Kpn

Published: 25 Sep 2023 1.55 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cyberjaya, 26 September 2023 - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) perlu digunakan secara meluas, bagi membanteras kegiatan jenayah berkaitan sindiket di negara ini secara menyeluruh, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-sosma-perlu-meluas-bagi-lumpuhkan-sindiket-jenayah-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:22 MYT
Cyberjaya, 26 September 2023 - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) perlu digunakan secara meluas, bagi membanteras kegiatan jenayah berkaitan sindiket di negara ini secara menyeluruh, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Berkongsi perkara berkenaan ketika menjadi panel Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 di sini hari ini, beliau berkata keberkesanan SOSMA dapat dilihat, antaranya untuk membanteras sindiket penyeludupan manusia ketika beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor.

“Ketika itu, penggunaan SOSMA dilihat berkesan dalam memerangi sindiket-sindiket ini, dengan tangkapan bukan sahaja melibatkan tekong-tekong, tetapi juga anggota dan pegawai pihak berkuasa terbabit sindiket berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Dato' Sri Ayob Khan berpendapat undang-undang sedia ada berkaitan penyeludupan rokok dan arak, kurang berkesan bagi membanteras kegiatan berkenaan.
“Seperti di Johor sebelum ini, pihak kita telah melakukan 10 kali tangkapan membabitkan individu yang sama berkaitan kes sama. Jenayah melibatkan sindiket ini perlu menggunakan SOSMA, baru boleh tangkap dan melumpuhkan kegiatan jenayah berkenaan,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
ArticlePublished 25 Sep 2023 1.55 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM