Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Skuad Ragbi Pdrm Sasar Kejuaraan Hatrik Piala Agong

Published: 27 Aug 2025 7.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025 - Selepas mengekalkan dominasi dalam dua edisi terdahulu, skuad ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengalihkan fokus kepada misi lebih besar iaitu untuk melakar kejuaraan hatrik dalam saingan Piala Agong musim ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-skuad-ragbi-pdrm-sasar-kejuaraan-hatrik-piala-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:36 MYT
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025 - Selepas mengekalkan dominasi dalam dua edisi terdahulu, skuad ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengalihkan fokus kepada misi lebih besar iaitu untuk melakar kejuaraan hatrik dalam saingan Piala Agong musim ini.

Pengurus Pasukan, SAC Nasri Mansor berkata, persiapan berjalan lancar dengan lebih 80 pemain menghadiri sesi latihan sebelum senarai akhir 40 pemain dimuktamadkan mengikut syarat ditetapkan Kesatuan Ragbi Malaysia.

"Dari sudut pengurusan, kita kumpulkan semua rakan sukan PDRM bagi membantu persediaan pasukan menghadapi Piala Agong dan juga Piala Rujirawongse. Dari sudut pemain pula, kita ada tiga kategori iaitu import antarabangsa, import tempatan dan anggota PDRM sendiri.

"Kesemua pemilihan pemain saya serahkan sepenuhnya kepada barisan kejurulatihan diketuai K Dinesvaran yang cukup dikenali dalam arena ragbi negara," katanya selepas Majlis Minum Petang dan Memperkenalkan Pasukan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../skuad-ragbi-pdrm-sasar...

ArticlePublished 27 Aug 2025 7.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM