Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Sindiket Penyeludupan Tumpas Barangan Rm7 5 Juta Dirampas

Diterbitkan: 23 Feb 2022 3.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 - Polis mematahkan sindiket penyeludupan melalui beberapa operasi dengan lima serbuan dan rampasan mencecah RM7.5 juta bermula Januari hingga semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-sindiket-penyeludupan-tumpas-barangan-rm7-5-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:25 MYT
Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 - Polis mematahkan sindiket penyeludupan melalui beberapa operasi dengan lima serbuan dan rampasan mencecah RM7.5 juta bermula Januari hingga semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, operasi itu dijalankan melalui sel risikan dan siasatan khas iaitu Cawangan Perisikan / Siasatan Khas.

Menurutnya, Pasukan Gerakan Khas terus tegas dan komited dalam membanteras sindiket penyeludupan kontraban dan hidupan liar melalui Op Kontraban dan Op Bersepadu Khazanah.

"Bagi kes pertama pada 20 Januari lalu, pasukan serbuan menahan tiga lelaki dewasa dan merampas 6,630 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM1.9 juta serta empat kenderaan.

"Menerusi tangkapan itu, satu sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok di Terengganu berjaya ditumpaskan," katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../sindiket-penyeludupan...

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 23 Feb 2022 3.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.23 AM