Article
Artikel Pilihan Sindiket Penyeludupan Tumpas Barangan Rm7 5 Juta Dirampas
Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 - Polis mematahkan sindiket penyeludupan melalui beberapa operasi dengan lima serbuan dan rampasan mencecah RM7.5 juta bermula J...
Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 - Polis mematahkan sindiket penyeludupan melalui beberapa operasi dengan lima serbuan dan rampasan mencecah RM7.5 juta bermula Januari hingga semalam.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, operasi itu dijalankan melalui sel risikan dan siasatan khas iaitu Cawangan Perisikan / Siasatan Khas.
Menurutnya, Pasukan Gerakan Khas terus tegas dan komited dalam membanteras sindiket penyeludupan kontraban dan hidupan liar melalui Op Kontraban dan Op Bersepadu Khazanah.
"Bagi kes pertama pada 20 Januari lalu, pasukan serbuan menahan tiga lelaki dewasa dan merampas 6,630 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM1.9 juta serta empat kenderaan.
"Menerusi tangkapan itu, satu sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok di Terengganu berjaya ditumpaskan," katanya dalam kenyataan semalam.
Sumber: Harian Metro