Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Serbuan Judi Haram Singapura Malaysia 43 Ditahan

Published: 03 Jul 2024 1.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Singapura, 3 Julai 2024 - Polis Singapura dan Malaysia berjaya menumpaskan operasi kumpulan penjenayah terancang dengan menahan 43 orang disyaki terbabit dalam pertaruhan judi haram.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-serbuan-judi-haram-singapura-malaysia-43-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:57 MYT
Singapura, 3 Julai 2024 - Polis Singapura dan Malaysia berjaya menumpaskan operasi kumpulan penjenayah terancang dengan menahan 43 orang disyaki terbabit dalam pertaruhan judi haram.

Kesemua suspek yang ditahan berumur antara 34 dan 82 tahun dan menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), sembilan yang ditahan akan didakwa hari ini atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Perjudian manakala bakinya sedang disiasat.

Dalam operasi bersama dijalankan dari 30 Jun hingga 1 Julai, pegawai SPF dari pelbagai bahagian melakukan serbuan serentak di beberapa lokasi yang membawa kepada penahanan 37 lelaki dan dua wanita.
Pada masa sama, pegawai polis Malaysia turut menahan empat lelaki warga Singapura. SPF mengeluarkan perintah larangan pelupusan untuk tujuh hartanah dengan anggaran bernilai lebih SGD$10.7 juta (RM37.02 juta).

Wang tunai, barang kemas, jam tangan mewah dan lebih 40 akaun bank dengan jumlah anggaran hampir SGD$4 juta (RM13.84 juta) turut dirampas untuk siasatan dan bagi mengelakkan hasil jenayah yang disyaki hilang.
Peranti elektronik seperti komputer dan telefon bimbit serta peralatan berkaitan perjudian turut dirampas polis sebagai bukti.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../serbuan-judi-haram...

ArticlePublished 03 Jul 2024 1.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM