
Artikel
Artikel Pilihan Serbuan Judi Haram Singapura Malaysia 43 Ditahan
Singapura, 3 Julai 2024 - Polis Singapura dan Malaysia berjaya menumpaskan operasi kumpulan penjenayah terancang dengan menahan 43 orang disyaki terbabit dalam...
Singapura, 3 Julai 2024 - Polis Singapura dan Malaysia berjaya menumpaskan operasi kumpulan penjenayah terancang dengan menahan 43 orang disyaki terbabit dalam pertaruhan judi haram.
Kesemua suspek yang ditahan berumur antara 34 dan 82 tahun dan menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), sembilan yang ditahan akan didakwa hari ini atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Perjudian manakala bakinya sedang disiasat.
Pada masa sama, pegawai polis Malaysia turut menahan empat lelaki warga Singapura. SPF mengeluarkan perintah larangan pelupusan untuk tujuh hartanah dengan anggaran bernilai lebih SGD$10.7 juta (RM37.02 juta).
Wang tunai, barang kemas, jam tangan mewah dan lebih 40 akaun bank dengan jumlah anggaran hampir SGD$4 juta (RM13.84 juta) turut dirampas untuk siasatan dan bagi mengelakkan hasil jenayah yang disyaki hilang.
Peranti elektronik seperti komputer dan telefon bimbit serta peralatan berkaitan perjudian turut dirampas polis sebagai bukti.