Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Senoi Praaq Batalion 18 Tidak Gentar Ancaman Musuh Sempadan

Diterbitkan: 26 Jan 2022 1.52 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kubang Pasu, 26 Januari 2022 - Anggota Senoi Praaq dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 tidak gentar dengan ancaman musuh di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha membanteras jenayah di kawasan terbabit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-senoi-praaq-batalion-18-tidak-gentar-ancaman-musuh-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:57 MYT
Kubang Pasu, 26 Januari 2022 - Anggota Senoi Praaq dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 tidak gentar dengan ancaman musuh di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha membanteras jenayah di kawasan terbabit.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 18 Senoi Praaq, DSP Mohd Sail Hassan berkata, anggota batalion berkenaan mempunyai integriti tinggi dan digeruni penyeludup di sempadan.

Menurutnya, kejadian anggota PGA Batalion 3 (Senoi Praaq), mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang maut ditembak oleh musuh di sempadan dua tahun lalu juga tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang.

"Kita tahu anggota Batalion 3 pernah ditembak oleh penyeludup di kawasan TS9, tetapi saya tegaskan kami daripada Batalion 18 Senoi Praaq, tidak gentar dan takut untuk bertugas.

"Malah kami lebih bersemangat untuk menjaga kawasan keselamatan sempadan Kedah dan Perlis sebab ini melibatkan maruah dan juga kedaulatan negara," katanya ketika ditemui di Markas Taktikal, PGA Bukit Kayu Hitam di sini, pada Rabu.

DSP Mohd Sail berkata, PGA menjalankan tiga bentuk penugasan iaitu rondaan kenderaan menggunakan motosikal dan pacuan empat roda, rondaan jalan kaki serta Pasukan Gerakan Udara.

"Kesemua bentuk penugasan ini digunakan bagi tujuan pemantauan bermula dari Bukit Kayu Hitam hingga ke kawasan Batu Putih di Kuala Perlis," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Senoi-Praaq-PGA...

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2022 1.52 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM