Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Selia Pantau Anggota Bawahan Tanpa Pilih Kasih Berat Sebelah Kpn

Published: 27 Oct 2023 9.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023 - Semua ketua jabatan, pegawai pemerintah dan penyelia polis diingatkan supaya menyelia dan memantau anggota bawahan masing-masing tanpa pilih kasih dan berat sebelah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-selia-pantau-anggota-bawahan-tanpa-pilih-kasih-berat-sebelah-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:26 MYT
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023 - Semua ketua jabatan, pegawai pemerintah dan penyelia polis diingatkan supaya menyelia dan memantau anggota bawahan masing-masing tanpa pilih kasih dan berat sebelah.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pegawai pemerintah perlu bertanggungjawab dan mengambil cakna tentang tingkah laku pegawai bawahan.

"Memberi teguran dan membetulkan selain mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota yang mempamerkan apa juga bentuk perlakuan menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Perkara ini seperti yang termaktub dalam Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

"Justeru, saya mahu semua pegawai pemerintah memulakan pendekatan yang lebih agresif dalam memperkasakan peraturan ini secara menyeluruh ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../selia-pantau-anggota....
ArticlePublished 27 Oct 2023 9.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM