Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Saya Hanya Sambung Saranan Ketua Polis Negara Pengarah Jsj

Published: 11 Oct 2023 1.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - "Niat saya memuat naik di TikTok jabatan kerana saya hanya dapat berjumpa dengan 130 pegawai sedangkan saya ada 10,000 anggota dan pegawai dalam jabatan ini,".
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-saya-hanya-sambung-saranan-ketua-polis-negara-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:26 MYT
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - "Niat saya memuat naik di TikTok jabatan kerana saya hanya dapat berjumpa dengan 130 pegawai sedangkan saya ada 10,000 anggota dan pegawai dalam jabatan ini,".

Demikian kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika mengulas rakaman video ucapannya yang tular di media sosial.

Menurutnya, beliau hanya menyambung saranan yang dikemukakan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dan timbalannya, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum ini.

"Apabila dimuat naik, masyarakat memberikan respon. Ini menunjukkan berapa ramai yang tahu (perkara ini) cuma orang tidak bercakap perkara itu.

"Sekiranya mereka mampu maka berikan sebab ia mampu, saya tidak melarang kalau beli kereta dengan sumber kewangan yang sah. Siapa saya untuk melarang," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Sabtu lalu, satu klip video Majlis Amanat Pengarah JSJ di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, tular di media sosial selepas dimuat naik jabatan itu.

Majlis amanat itu dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen dan Ketua-ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh negara.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../saya-hanya-sambung-saranan...


May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people, dais and text
ArticlePublished 11 Oct 2023 1.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM