Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Sarjan Dirempuh Penunggang Motosikal Cuba Lari Sjr

Published: 15 Jan 2024 6.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kemaman, 15 Januari 2024 – Anggota polis cedera selepas dilanggar sebuah motosikal ketika sekatan jalan raya (SJR) di Bandar Chukai, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-sarjan-dirempuh-penunggang-motosikal-cuba-lari-sjr
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:35 MYT
Kemaman, 15 Januari 2024 – Anggota polis cedera selepas dilanggar sebuah motosikal ketika sekatan jalan raya (SJR) di Bandar Chukai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku jam 6.20 petang ketika anggota berpangkat sarjan itu bersama lima anggota lain sedang mengadakan SJR di Jalan Limbong Chukai.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika sebuah motosikal Yamaha LC ditunggang seorang lelaki melalui SJR di situ.

"Ketika mengarahkan lelaki itu memberhentikan motosikal untuk diperiksa, lelaki itu bertindak memecut untuk meloloskan diri. "Anggota polis terbabit cuba untuk menahan namun dilanggar oleh motosikal berkenaan,"

Katanya, suspek dan motosikalnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 42 (2) Akta Pengangkutan Jalan, APJ, 1987.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,

Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Sarjan Dirempuh Penunggang Motosikal Cuba Lari Sjr
ArticlePublished 15 Jan 2024 6.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM