Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Samseng Kunci Stereng Akhirnya Ditahan

Published: 20 Jan 2020 11.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 20 Januari 2020 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki sebagai samseng jalanan dalam kejadian di Kilometer 306 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 13 Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-samseng-kunci-stereng-akhirnya-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:23 MYT

Ipoh, 20 Januari 2020 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki sebagai samseng jalanan dalam kejadian di Kilometer 306 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 13 Januari lalu.

Ketua JSPT Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, pihaknya dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Kuala Langat, Selangor menahan suspek berusia 40 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Putra, Banting di Selangor pada 5 petang semalam.

Menurutnya, penahanan lelaki itu dibuat susulan video yang tular di media sosial mengenai sebuah Toyota Vios memotong menggunakan lorong kecemasan sebelum memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba dan menghalang laluan di lorong kiri bersama sebuah Proton Satria.

Bacaan lanjut di https://www.hmetro.com.my/…/5…/samseng-kunci-stereng-ditahan

ArticlePublished 20 Jan 2020 11.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM