
Artikel Pilihan Samseng Kunci Stereng Akhirnya Ditahan
Ipoh, 20 Januari 2020 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki sebagai samseng jalanan dalam kejadian di Kilometer 306 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 13 Januari lalu.
Ketua JSPT Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, pihaknya dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Kuala Langat, Selangor menahan suspek berusia 40 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Putra, Banting di Selangor pada 5 petang semalam.
Menurutnya, penahanan lelaki itu dibuat susulan video yang tular di media sosial mengenai sebuah Toyota Vios memotong menggunakan lorong kecemasan sebelum memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba dan menghalang laluan di lorong kiri bersama sebuah Proton Satria.
Bacaan lanjut di https://www.hmetro.com.my/…/5…/samseng-kunci-stereng-ditahan