
Artikel
Artikel Pilihan Sabah Tidak Teragak Agak Dalam Hal Berkaitan Keselamatan Km Sabah
Kota Kinabalu 9 September 2022 - Kerajaan Sabah tidak teragak-agak dalam mempertingkatkan keselamatan di negeri ini, kata Ketua Menteri (KM) Sabah, Datuk Seri...
Kota Kinabalu 9 September 2022 - Kerajaan Sabah tidak teragak-agak dalam mempertingkatkan keselamatan di negeri ini, kata Ketua Menteri (KM) Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor.
“Keselamatan sangat penting dan kami akan beri kerjasama yang terbaik apabila mempertimbangkan perkara yang memerlukan kelulusan kerajaan negeri," katanya.
Bercakap selepas taklimat oleh Polis Diraja Malaysia mengenai situasi semasa keselamatan di Sabah yang diketuai Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di Menara Kinabalu di sini hari ini, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji berkata keselamatan Sabah merupakan perkara paling utama dalam agenda beliau.
“Saya telah meminta tambahan peruntukan bagi mengukuhkan aset keselamatan kita terutama bagi Pantai Timur,” katanya.
Sumber: BERNAMA