Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Rokok Seludup Rm2 Juta Dirampas 2 Suspek Termasuk Tonto Ditahan

Diterbitkan: 25 Sep 2022 2.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Tinggi, 25 September 2022 - Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di lampu isyarat simpang empat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-rokok-seludup-rm2-juta-dirampas-2-suspek-termasuk-tonto-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:28 MYT
Kota Tinggi, 25 September 2022 - Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di lampu isyarat simpang empat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata dalam kejadian 1.30 pagi itu, dua lelaki turut ditahan sepasukan polis dari Unit Risikan Pasukan Simpanan Persekutuan dan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, Bukit Aman.
Katanya, selain pemandu lori berusia lingkungan 40-an, seorang lagi yang ditahan berusia 20-an dipercayai 'tonto' yang memandu kereta jenis Toyota Vios.
Beliau berkata, Toyota Vios itu tiba tidak lama selepas lori dengan muatan rokok itu ditahan dan pemeriksaan lanjut mengesyaki pemandunya itu berperanan sebagai 'tonto'. Mengulas lanjut, katanya pemeriksaan dalam ruangan belakang lori menemukan 131 kotak besar rokok putih dan 92 kotak besar rokok kretek yang disyaki tiada duti kastam. "Nilai rampasan rokok RM1,906,100 dan kita percaya semua stok itu diseludup daripada negara luar melalui jalan laut. "Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,006,100," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../rokok-seludup-rm2-juta...

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArtikelDiterbitkan 25 Sep 2022 2.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM